About
Bismillahirahmanirrahim
Siapa?
Aku merupakan seorang yang baru bertapak di arena berblog ni. Merupakan anak kelahiran Sarawak yang kini sudah berhijrah menetap di tanah semenanjung. Berkelulusan degree, pengkhususan dalam bidang rangkaian (networking) daripada Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Pernah gagal PSM (Projek Sarjana Muda) sekali sebab ketagihan bermain game. Minat makan Nasi Goreng Cina sebab tak tahan pedas, dan suka minum Nes “O” ais. Seorang yang pemalu (pemalu ker??!) tapi amat ramah jika sudah kenal.
Tujuan berblogging?
Ingin mencari kenalan-kenalan yang baru. Sekaligus boleh bertukar-tukar pendapat serta idea, dan yang pastinya dapat berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blogging ni. Selain itu, blog ini juga akan menceritakan sedikit sebanyak kisah perjalanan hidupku. Sedikit sebanyak dapat dijadikan sebuah cerita untuk generasi ku yang akan datang. Hehe..
Platform:
Menggunakan platform WordPress 3.0 , hosting daripada Fivio Enterprise (Pakej Qiilans87) 5 gb storage, 30 gb bandwidth. (Besar kan?) Pakej hosting ni separuh di taja oleh kakak aku sendiri. Hehe.. Terima kasih ye MarissaTrend.
Akhir kata, salam perkenalan kepada sesiapa yang singgah membaca bahagian berkenaan diri ku ni. Jikalau ada kelemahan pada diriku, harap kawan-kawan dapat leh tegur-tegur ye. Sesungguhnya, manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Sekian, salam ukhwah dan Salam 1Malaysia daripada MrNamie kepada semua pembaca.
-MrNamie-
Views
- Resepi Kek Cheese Oreo - 29,947 views
- Resepi biskut Famos Amos - 19,402 views
- Blog aggregator personal - 14,282 views
- Kek Lapis Sarawak - 13,322 views
- Remaja sekolah yang melampau - 11,679 views
- Cium mulut kerana KLCC - 8,389 views
- 5 perkara yang korang tak patut share di Facebook - 8,047 views
- Asas Kamera DSLR bahagian 4 - 7,884 views
- Uncle Seekers mengaibkan bekas permaisuri agong? - 7,605 views
- Orang cacat yang menipu di Maybank Melaka - 7,488 views
Tabung Dana
Sertai MrNamie di sini!










