Ajar anak berhenti kalau polis tahan
Utusan Malaysia hari ni keluarkan satu berita mengenai seorang bapa yang nak dakwa anak nya dipukul polis ketika lari sekatan. Dari berita tu, aku dapat gambarkan yang kecederaan teruk di alami oleh anaknya. Hati bapa mana yang tak kecewa kan bila anak sendiri dibuat macam tu.
[ad code=2 align=center]
Tapi aku sebenarnya lagi kasihan bila mengenang nasib anggota polis yang bakal dikenakan tindakan kalau disabitkan bersalah. Bagi aku, dalam kes ni sebenarnya bukan salah polis tersebut. Dah nama pun sekatan jalan raya, mestila bertindak tegas. Kalau tak tegas, macam mana sesuatu operasi yang dijalankan pihak PDRM nak berjaya. Betul tak?
Sepatutnya anak-anak remaja ni la yang di kenakan tindakan. Dah le melakukan kesalahan, lepas tu nak larikan diri dari pihak polis pula. Memang polis nampak tegas, tapi kalau budak tu berhenti waktu sekatan, ada tak polis saja-saja nak pukul dia? Rasanya paling teruk pun kena marah and keluar surat saman. Bila lari la jadi kes-kes macam ni.
Ibu-bapa, dan keluarga patutnya ajar anak-anak ni, kalau polis suruh berhenti, jangan la nak larikan diri. Kasihan la pihak polis, dorang sekadar nak cari rezeki dan jalankan tugas je. Patutnya dah ambil iktibar dari kejadian adik Aminulrashid yang berlaku sebelum ni. Benda ni boleh dielakkan, cuma nak atau tak nak saja yang jadi persoalan.
INGAT, kalau polis tahan berhenti. Jangan kerana takut di saman, NYAWA MELAYANG…
P/S: Sekadar peringatan untuk diri ku, dan juga kawan-kawan yang lain.
sumber berita: Utusan Malaysia Online
[ad code=1 align=center]
Views
- Resepi Kek Cheese Oreo - 29,954 views
- Resepi biskut Famos Amos - 19,403 views
- Blog aggregator personal - 14,282 views
- Kek Lapis Sarawak - 13,322 views
- Remaja sekolah yang melampau - 11,680 views
- Cium mulut kerana KLCC - 8,390 views
- 5 perkara yang korang tak patut share di Facebook - 8,047 views
- Asas Kamera DSLR bahagian 4 - 7,884 views
- Uncle Seekers mengaibkan bekas permaisuri agong? - 7,605 views
- Orang cacat yang menipu di Maybank Melaka - 7,488 views
Tabung Dana
Sertai MrNamie di sini!











[...] cuba melarikan dari sekatan pihak polis. Kalau yang tak baca lagi entry tu, korang boleh baca di Ajar anak berhenti kalau polis tahan. Kali ni aku buat entry mengenai polis pula yang cedera dilanggar remaja. teruskan membaca, klik [...]
kesian polis tu..
bapak dia boodh sgt nape ek?
dah sah2 anak dia yg salah..
tak pasal2 nak dakwa polis segala..
ajar anak dulu kalau nak betulkan kesalahan orang lain!!
Entry terbaru Azfarul,Sana Sini Illuminati! Kau Kenapa!
[Reply]
kesian polis tu ..dah memang kerja dia..nak wat camne..isk2..
Entry terbaru dedoku,Teknik Viral Dengan Twitter
[Reply]
MrNamie Reply:
September 2nd, 2010 at 5:02 pm
tu la pasal… kang biar terlepas, polis yang kena, bila dipukul, polis gak yang kena… hehe
[Reply]