MrNamie
Eh, layak ke kita?
Share
Berita Harian tadi ada beritahu yang Malaysia dan Indonesia sedia nak anjurkan Piala Dunia bersama pasnih macam yang pernah Jepun dan Korea Selatan buat pada Piala Dunia 2002 yang lepas. Bukan aku tak sokong ape yang negara kita dan Indonesia nak buat nih, tetapi aku rasa sepatutnya kita lebih fokus kepada prestasi pasukan bola sepak negara kita dulu yang terutamanya.
Kalo dah layak dapat nanti, aku risau pulak kalau kene kutuk yang negara kita harap dapat jadi penganjur je baru layak nak beraksi kat pentas Piala Dunia. Ye lah, kan kalau jadi tuan rumah bagi Piala Dunia ni secara automatik layak untuk beraksi di Piala Dunia. Aku sebenarnya harap sangat nak tengok pasukan negara kita ni layak secara usaha sendiri untuk Piala Dunia nih. Tak nak la dapat kelayakan secara automatik je. Takde feeling bagi aku.
Lagi satu, kementerian sepatutnya baiki mutu permainan pasukan negara kita terlebih dahulu. Bila corak permainan pasukan negara dah mantap, barulah kita memohon nak jadi penganjur. Jangan la mutu mainan macam jaguh kampung pon sibuk nak beraksi kat pentas piala dunia tuh. Malu kita kang. Jangan sampai semua pihak tertanya-tanya “dimana silap kita” nanti. hehe
Agaknya Malaysia dan Indonesia dah berani memohon hak penganjuran sebab rekod tuan rumah terkeluar pada peringkat awal dah dipecahkan oleh South Afrika ke?
p/s: cuma pendapat mrnamie. Jangan ambil serius k. Ambil iktibar je dibenarkan dalam blog ni. hehe
Tagged with: bola sepak • hak penganjuran piala dunia • negara • piala dunia • senarai penganjur piala dunia • sukan
Views
- Resepi Kek Cheese Oreo - 29,952 views
- Resepi biskut Famos Amos - 19,403 views
- Blog aggregator personal - 14,282 views
- Kek Lapis Sarawak - 13,322 views
- Remaja sekolah yang melampau - 11,680 views
- Cium mulut kerana KLCC - 8,390 views
- 5 perkara yang korang tak patut share di Facebook - 8,047 views
- Asas Kamera DSLR bahagian 4 - 7,884 views
- Uncle Seekers mengaibkan bekas permaisuri agong? - 7,605 views
- Orang cacat yang menipu di Maybank Melaka - 7,488 views
Tabung Dana
Sertai MrNamie di sini!










