Final bolasepak Sukan Sea 2011
Tak sabar rasanya nak menantikan final bola sepak Sukan Sea untuk tahun 2011 malam ni. Dah la pasukan Malaysia yang berentap malam ni, pastu menentang pula musuh tradisi, Indonesia. Sah-sah perlawanan malam ni mesti hangat dengan aksi-aksi menarik. hehe
Aku ni bukan jenis yang selalu sangat tengok match bola sepak ni walaupun minat. Tapi sebab pasukan negara yang beraksi, jadi memang satu faktor utama la untuk aku tengok match bola ni. Lagipun bukan selalu pun dapat tengok. Sekali-sekala tu tengok kawan-kawan, best jugak la kan.
Harapnya malam ni kedua-dua pasukan dapat beraksi dengan semangat kesukanan yang tinggi. Tak nak la aksi kasar je sepanjang 90 minit permainan. Kalah menang tu dah memang adat dalam perlawanan pun. Kalah takpe, biar kalah dengan bermaruah. Tak nak la kalah dengan hina. Lagipun ni bukan edisi terakhir Sukan Sea, kejohanan akan datang boleh la cuba nasib lagi. hehe
Apa pun, aku harap agar pasukan Harimau Malaya kebanggaan kita dapat beraksi dengan baik malam ni. Tak best la kalau main macam kanak-kanak je. Biar berjuang habis-habisan gempur pasukan Garuda malam ni. Good Luck.
p/s; Mari sama-sama menyokong pasukan Harimau Malaya kita!
gambar: http://cyrildason.com
Views
- Resepi Kek Cheese Oreo - 31,423 views
- Resepi biskut Famos Amos - 19,916 views
- Blog aggregator personal - 14,604 views
- Kek Lapis Sarawak - 13,788 views
- Remaja sekolah yang melampau - 12,056 views
- Cium mulut kerana KLCC - 8,571 views
- 5 perkara yang korang tak patut share di Facebook - 8,203 views
- Asas Kamera DSLR bahagian 4 - 8,182 views
- Orang cacat yang menipu di Maybank Melaka - 7,750 views
- Uncle Seekers mengaibkan bekas permaisuri agong? - 7,734 views
Tabung Dana
Sertai MrNamie di sini!









