Logitech Mouse M100 mula berkhidmat
Sejak mouse kegemaranku rosak, pakai mouse lama memang azab. Dah la single click detect as double click, nak buat apa-apa kerja pun susah. Kadang-kadang cursor bole melilau walaupun aku tak gerakkan mouse. Mungkin penangan mouse yang dah berumur hampir 3 tahun. Tapi syukur, hari ni mouse mengazabkan tu dah ada pengganti. Hehe..
[ad code=2 align=center]
Mouse baru ni jenama Logitech. Jenama Logitech ni antara jenama-jenama yang aku minat kalau dalam bab perkakasan/aksesori komputer ni. Biasa brand logitech ni memang tahan lama, dan kualiti pun boleh tahan. Design pun simple je, takde la poyo-poyo sangat. Sesuai la untuk orang yang matang macam aku. haha..
Logitech mouse M100 model yang aku beli kali ni. Harga pun murah. Rm 30 je. Pada aku, aku lagi prefer beli rm30 untuk barang-barang Logitech berbanding Rm30 untuk beli mouse jenama yang lain yang pelik-pelik. Sebab Logitech ni well known punya jenama, jadi selamat la sikit berbanding jenama-jenama lain yang kurang dikenali.
Kat bawah ni aku gambar-gambar Logitech Mouse M100 yang aku baru beli tadi ye.
Yang ni waktu baru keluar dari dalam plastik kedai. Sayang pulak nak keluarkan dari dalam kotak. Boleh tak pakai dari dalam kotak je?
Resit rasmi dari Fantasy World Technology SDN BHD. Sebenarnya nama kat resit je macam tu, tapi nama kedai dorang PC WORLD. Kat Melaka ni kalau tak silap aku ada banyak cawangan dorang. Servis pun ada disediakan gak. Ok jugakla kedai ni kalau nak beli-beli/repair/servis komputer/laptop kat kedai ni.
Saat pertama Logitech Mouse M100 aku ni melihat dunia luar daripada kotaknya.
Dah berkenalan dengan kawan-kawan yang lain. Rasa sesuai pulak sebab semuanya colour hitam. Actually meja aku ni biasanya berserabut, tapi sebab nak amik gambar, aku clearkan semua. Biar korang nampak meja aku ni kemas. Hehe
Kepada mouse yang lama, aku sudah jumpa pengganti diri mu..semoga tenang di dalam kotak keranda asal mu. Terima kasih atas segala jasamu selama hampir 2 tahun berkhidmat untuk aku.
Akhir kata, kepada Logitech Mouse M100, harap la dapat bertahan 2 tahun, atau lebih. Biar pecah rekod si X7 tu ye. Semoga berkhidmat dengan baik dan tanpa ada masalah.
p/s: Gembira dapat pakai mouse baru yang tak ada masalah. Syukur..
[ad code=1 align=center]
Views
- Resepi Kek Cheese Oreo - 29,954 views
- Resepi biskut Famos Amos - 19,403 views
- Blog aggregator personal - 14,282 views
- Kek Lapis Sarawak - 13,322 views
- Remaja sekolah yang melampau - 11,680 views
- Cium mulut kerana KLCC - 8,390 views
- 5 perkara yang korang tak patut share di Facebook - 8,047 views
- Asas Kamera DSLR bahagian 4 - 7,884 views
- Uncle Seekers mengaibkan bekas permaisuri agong? - 7,605 views
- Orang cacat yang menipu di Maybank Melaka - 7,488 views
Tabung Dana
Sertai MrNamie di sini!
















seronok la.lepas ni mesti dpt gaming cam dulu.
Entry terbaru Ali ridha,Selamat sampai ke Kamunting
[Reply]
MrNamie Reply:
September 2nd, 2010 at 5:01 pm
hehe….pasni da tak gaming lagi kot… da takde mood nak bergaming..
[Reply]
Wah da ada mouse baru ek?
logitech mouse mmg ok..lama gak aku tgk member aku pakai..8)
Entry terbaru dedoku,Teknik Viral Dengan Twitter
[Reply]
MrNamie Reply:
September 2nd, 2010 at 5:02 pm
hehe… logitech punya mouse walaupun rm30, tapi tahan lama biasanya.. hehe
[Reply]