Share

Hairan aku bila mengenang nasib-nasib artis kat Malaysia nih. Terutama yang menang sebab rancangan realiti TV macam Akademi Fantasia ke, 1 in a million ke, LG starz, and banyak lagi. Semuanya hilang macam tu je tanpa sebarang berita. Lagi-lagi yang kononnya ramai peminat macam Mawi, Zahid, Khai (bukan Justkhai ye 8) ) dan ramai lagi kalau aku nak senaraikan sorang-sorang kat sini.

[ad code=2 align=center]

Dulu waktu memula menang, habis dicanang-canang satu Malaysia, kononnya generasi pelapis artis -artis yang baru la. Konon saja la. Tapi sebenarnya tak pun. Memang ada antara mereka yang masih jadi pujaan awek kat Malaysia nih. Tapi yang baki-baki nya? Tak kan hilang macam tu je.

Bagi aku, kemenangan “artis-artis segera” ni sebenarnya cuma berdasarkan nasib je. Bukan sebab bakat atau apa-apa faktor yang memang melayakkan dorang untuk jadi artis. Kalau semua perasan, artis yang menang ni semuanya muka hensem-hensem je. Kalo tak hensem pun, muka jambu. Jadi kebanyakan undi yang mereka dapat ni bukan sebab kelayakan mereka, tapi lebih kepada faktor-faktor kehenseman. Lagi hensem ,lagi ramai awek yang undi. Kalo nak harap lelaki yang undi, aku rasa jarang sekali. Tak tahu pulak kalau ada antara lelaki yang kat sini suka AFUNDI setiap musim AF. Kalau ada, maafkan aku. Itupun kalau ada.

Lagi satu, rasanya undi-undi datang dari kalangan saudara serta sahabat handai je. Ya, aku tak nafikan ada antara pengundi yang memang jujur mengundi berdasarkan bakat yang peserta ada, tapi rasanya tak dapat menandingi jumlah pengundi di kalangan keluarga dan sahabat. Lagi-lagi jika artis yang datang dari negeri-negeri yang jarang melahirkan artis, memang berduyun-duyun penduduk negeri tu mengundi artis negeri mereka. Kononnya hendak menaikkan nama negeri.

Sebenarnya, kita tak layak lagi nak melahirkan artis-artis yang berdasarkan rancangan-rancangan realiti yang macam ni. Hasil cuma keuntungan untuk penaja rancangan je. Untuk dunia seni, rasa macam tak ada kebaikan pun. Memang ada, tapi sedikit sangat berbanding keburukan. Kasihan tengok artis dulu yang terpaksa bersusah payah untuk menaikkan nama, tapi artis sekarang dah macam pakej mudah untuk berjaya.

Kat atas semua ni pendapat aku je, aku nak dengar pulak pendapat kalian. Majulah Seni Untuk Malaysia. hehe

p/s: Mana menghilang Mawi World, Zahid orange, dan yang lain-lain? tunggu rancangan realiti TV yang seterusnya ke?

Credit gambar kepada: www.muatturun.my

[ad code=1 align=center]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Responses to Mana menghilang artis Akademi Fantasia

  1. wan says:

    dan aku salah sorang darinya.. eceh! ujibakat AF stage ke-2 pon tak lepas.. ahaks :) Entry terbaru wan,Siapa bilang tiada hantu dibulan puasa

    [Reply]

  2. Arra Jasmy says:

    sokong!..

    asyik2 buat program yang melahirkan bakat baru.
    lepas program abes semua ilang,muka pon da tak nampak dah..

    hangat2 tahi ayam je diorg neh semua.yang bertahan cuma yang popular n ade rupa je kan.=p
    Entry terbaru Arra Jasmy,Exchange Link edisi Self SerVice

    [Reply]

    MrNamie Reply:

    tu la pasal, aku respek dengan Bob, suara sedap.. yang macam tu baru ada kualiti juara.. :)

    [Reply]

  3. penah dengar artis malaysia cipta nama di jepun x? Aiezuen nama komersialnya kalau tak silap. Pelajar engineering under JPA. hohoh. d malaysia org tatau sgt –.-’ ok x de kaitan. saje je nak sharing :P
    Entry terbaru irah hajerah azman,Bilik saya Dihuni Jin Hackers Dukun dan Pawang Hackers adalah diperlukan Dengan Kadar yang Segera Terima Kasih

    [Reply]

    MrNamie Reply:

    Tak penah pulak..baru dengar ni… nice info..thnx ye.. :)

    [Reply]

  4. myebuzz.net says:

    Mana menghilang artis Akademi Fantasia | MrNamie…

    Terutama yang menang sebab rancangan realiti TV macam Akademi Fantasia ke, 1 in a million ke, LG starz, Mawi, Zahid, Khai (bukan Justkhai ye 8) )…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: