Mouse kegemaran aku rosak
Mouse yang telah berbakti kat aku selama hampir 2 tahun baru je rosak semalam. Ni la mouse yang paling aku sayang selama ni. Penat aku jaga mouse ni elok-elok. Akhirnya semalam, lebih kurang pukul 9.50 malam, ia memberikan khidmatnya yang terakhir.
[ad code=2 align=center]
Mouse yang berjenama A4TTech model X7 ni aku beli sebenarnya sebab nak memenuhi nafsu gaming aku pada ketika tu. Zaman tu aku masih lagi seorang pemain Counter Strike yang tegar. Sampaikan nak beli mouse pun nak yang gaming. Alasan sebab gaming mouse ni boleh improve gameplay la. Tapi haprak gak skill aku main. Hehe
Dibeli daripada cawangan “ALL IT” Batu Pahat Mall, pada 12 Ogos 2008. Tarikh ni aku ingat lagi sebab memang aku ada catat kat kotak mouse nih macam yang korang tengok kat atas. Harga pula RM99 waktu tu, sebab ada diskaun. Kalau harga betulnya pada masa tu kalau tak silap aku RM130. Jadi bila beli pada waktu ni dapat la aku jimat RM30. Padahal kalau nak ikut logik, RM99 untuk mouse still mahal. Tapi nak kepuasan la kononnya.
Secara keseluruhan, selepas bertugas dengan aku selama hampir 2 tahun ni, memang aku rasa berbaloi dengan harga RM99 yang aku laburkan untuk beli mouse ni. Kalau nak main game pun ok, apa lagi kalau untuk buat assignment. Memang superb la walaupun hakikatnya aku ni jarang buat assignment. Haha
So akhir kata, kepada mouse ku yang telah berbakti selama ni, terima kasih aku ucapkan atas jasa-jasa mu kepada aku selama ni. Harap pasni aku dapat jumpa mouse yang setanding dengan mouse ni, tapi dengan harga yang lebih murah. Or ada sesiapa yang nak sedekah aku mouse? hehe
p/s: Entry ni kononnya nak buat pendek. Tapi bila dah melalut jadi panjang pulak. Siapa yang salah dalam kes ni? aku ke mouse aku?
[ad code=1 align=center]
Views
- Resepi Kek Cheese Oreo - 29,954 views
- Resepi biskut Famos Amos - 19,403 views
- Blog aggregator personal - 14,282 views
- Kek Lapis Sarawak - 13,322 views
- Remaja sekolah yang melampau - 11,680 views
- Cium mulut kerana KLCC - 8,390 views
- 5 perkara yang korang tak patut share di Facebook - 8,047 views
- Asas Kamera DSLR bahagian 4 - 7,884 views
- Uncle Seekers mengaibkan bekas permaisuri agong? - 7,605 views
- Orang cacat yang menipu di Maybank Melaka - 7,488 views
Tabung Dana
Sertai MrNamie di sini!













[...] mouse kegemaranku rosak, pakai mouse lama memang azab. Dah la single click detect as double click, nak buat apa-apa kerja [...]
haha. aku pakai mouse razer krait je namie .
Entry terbaru nik,Dari lensa Sony E aku
2008 jugak aku pakai sampai sekarang.
Die tak tunjuk tande nak rosak lagi
[Reply]