Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/mrnamiec/public_html/wp-content/plugins/breadcrumb-navxt/breadcrumb_navxt_class.php:4) in /home/mrnamiec/public_html/wp-content/plugins/post-views/post-views.php on line 114

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/mrnamiec/public_html/wp-content/plugins/breadcrumb-navxt/breadcrumb_navxt_class.php:4) in /home/mrnamiec/public_html/wp-content/plugins/wassup/wassup.php on line 1994
Panduan memandu dengan selamat | MrNamie
Share

sumber: hasroll.blogspot.com

Kali ni aku nak sharekan sedikit dengan korang beberapa panduan yang aku selalu guna untuk keselamatan ketika memandu di jalanraya. Panduan ni simple sangat, tapi amat berbaloi kalau dapat diamalkan. Aku kalau memandu di jalan raya terutamanya lebuhraya, memang beberapa panduan ni aku selalu praktikkan.

Periksa keadaan kenderaan

Sebelum korang mula bertolak ke mana-mana destinasi mengggunakan kenderaan korang, pastikan kenderaan korang dalam keadaan yang mantap. Mantap yang aku maksudkan bukanlah kena pasang enjin turbo atau apa-apa yang mengarut. Cukup la sekadar korang check lampu signal, lampu brek, dan beberapa lagi perkara utama yang diajar waktu korang ambil lesen dulu. Kalau korang mengambil lesen secara sah, insyaAllah korang akan tahu benda ni. Kalau lesen terbang, jangan salahkan aku sebab tak detailkan kat sini k.

Fokus kepada 3 cermin

3 cermin yang aku maksudkan ialah cermin depan, cermin sisi, dan cermin pandang belakang. Kalau cermin mekap or cermin muka korang tak payah nak fikir dulu ketika driving. Bagi aku, ketiga-tiga cermin ni penting waktu driving. Untuk cermin sisi dan cermin belakang tu, aku harap korang guna seelok-eloknya waktu driving terutama pemandu wanita. Aku perasan kalau pemandu wanita ni biasanya main tukar line ikut suka je. Gunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang kalau nak tukar lane. Jangan limitkan penggunaan cermin tu sekadar untuk mengundur sahaja k.

sumber: http://assets.clickmotive.com

Perhatikan kelajuan kenderaan

Kalau aku driving, memang selalu aku menjeling-jeling ke arah speed meter kenderaan yang aku bawak. Bukan nak tengok berapa laju aku boleh bawak, tapi aku nak pastikan kelajuan aku dalam keadaan yang selamat. Biasanya kalau kita driving, punya la sedap tekan pedal minyak hingga tak perasan yang kelajuan kita sudah di tahap yang merbahaya, terutama kereta-kereta mewah. Pastikan korang memandu mengikut had kelajuan yang dah ditetapkan.

Awas dengan keadaan sekeliling

Kalau driving di lebuhraya, aku yakin korang akan jumpa dengan berbagai ragam pemandu-pemandu yang lain. Ada yang suka brek mengejut, ada yang suka tukar lane tanpa signal, ada yang bawa kereta perlahan sangat, dan macam-macam lagi. Jadi bila keadaan macam ni, korang kena sentiasa awas/alert dengan pemandu-pemandu lain di sekeliling korang. Kalau nak lagi selamat, jangan terlalu dekat dengan kenderaan lain. Ambil jarak selamat antara kenderaan korang dengan kenderaan yang lain.

Pastikan lorong kenderaan

Bila sebut pasal lorong ni, ada segelintir manusia yang aku benci kalau memandu di lebuh raya. Aku tak suka kereta yang terlalu perlahan tapi di lorong tengah. Kalau korang bawa kereta, pastikan lorong korang tu betul. Bila bawa dengan kelajuan perlahan, korang masuk lorong paling kiri. Masuk lorong kanan/tengah kalau kalau korang memandu dalam keadaan laju. Bila di lorong kanan, alert jika ada kenderaan yang bagi high beam dengan korang. Dia bagi high beam bukan untuk berkenalan dengan korang, tapi sebenarnya meminta korang ke tepi untuk memberi dia laluan k.

Jangan rapat dengan kenderaan berat

Untuk keselamatan, jangan ikut terlalu rapat dengan kenderaan yang bersaiz besar seperti treler dan bas. Bahaya. Kalau korang yakin dapat memotong, pintas kenderaan tu pastu cuba kekalkan jarak selamat antara kenderaan korang dengan bas/lori. Kalau bas/lori tu terlalu rapat di belakang korang, bagi laluan kepada bas/lori tu untuk memotong korang. Jangan biarkan kenderaan berat macam tu rapat dengan korang. Bahaya kalau jadi apa-apa terutama yang kenderaan kecil terutama motorsikal.

sumber: philips.blogs.com

Ringankan tangan untuk guna lampu signal

Kalau nak tukar lorong, pastikan korang dah beri signal terlebih dahulu. Biasa berlaku kemalangan ni bila kenderaan masuk simpang or tukar lorong tanpa menggunakan signal. Jangan malas sebab signal ni penting untuk bagi amaran kepada kenderaan lain supaya dorang maklum yang korang akan masuk simpang or bertukar lorong.

Rasanya cukup untuk setakat ni panduan keselamatan korang di jalan raya terutamanya di lebuhraya. Harap korang dapat amalkan panduan-panduan ni untuk menjadikan perjalanan korang ke destinasi lebih selamat dan lancar terutama di musim cuti dan perayaan.

Kalau ada apa-apa panduan yang lain, apa kata kita kongsi-kongsi di ruangan komen di bawah ni k. PANDU CERMAT, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG. Kalau anda rasa panduan ni berguna, harap boleh dikongsikan kepada rakan-rakan lain di Facebook melalui butang “Share” yang telah disediakan. Sharing Is Caring.

p/s: Ni antara entry terpanjang aku pernah hasilkan…wohoo…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Responses to Panduan keselamatan di jalanraya

  1. Raz Veinz says:

    Panduan keselamatan yang bagus! Good job :-) Entry terbaru Raz Veinz,My 7 steps – Kerrigan Birthday Prize

    [Reply]

  2. Jajat says:

    Harus fokus dan jangan banyak lamunan. Ingat nyawa kita hanya satu tidak ada yang jualan.
    Entry terbaru Jajat,Panduan SEO

    [Reply]

  3. Syafrizal says:

    banyak doa sebelum naik kenderaan..
    Entry terbaru Syafrizal,Twitter dah ada fungsi analytic

    [Reply]

  4. birakbatu says:

    dan ingat jalanraya itu bukan “BAPAK ANDA” yang punya.. haha!
    Entry terbaru birakbatu,Proton Inspira- why SMART GUYS should GET IT

    [Reply]

  5. wazy says:

    nice tips bro
    Entry terbaru wazy,Hati Seorang Ayah

    [Reply]

  6. Akim Iqbal says:

    :bloody: :bloody:
    hehe..pandu cermat jiwa selamat..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: