Share

Kami sekeluarga balik ke kampung di Sarawak. Banyak tempat-tempat yang menarik sempat kami lawat sepanjang kami di sana. Sepanjang tempoh seminggu kami disana, bukan setakat Sarawak (Limbang), malah kami sempat meluangkan masa melawat Brunei dan Sabah.

Ada beberapa tempat yang menarik dan sesuai untuk dilawati, malah ada sesetengah tempat yang aku sendiri merasa jatuh hati. Terutama dengan pekan Kundasang. Memang kagum dengan keindahan alam semulajadi di sana. Betul-betul jatuh cinta pandang pertama. haha

Jom layan beberapa gambar daripada sepanjang perjalanan di sana k. Hehe

Pemandangan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

Lagi gambar.

Makanan dalam flight. Nasi briyani kalau tak silap. Hehe

Ni salah satu tempat menarik di Limbang yang dipanggil Bebuak, di kampung Meritam. Kat sini, air lumpur tu keluar umpama lava gunung berapi daripada lubang-lubang yang ada di sekitar kawasan tersebut. Air lumpur berkenaan dikatakan baik untuk kesihatan kulit.

Dalam perjalanan kami menghala ke Brunei.

Murahnya kadar minyak di Negara Brunei! huhu

Masjid di tengah bandar Brunei. Kubah masjid ni dikatakan disadur dengan emas.

Esplanad Sipitang.

Pasar Filipina. Kat sini merupakan tempat nak beli buah tangan. Macam-macam jenis ada. hehe

Pasar malam di sekitar Pasar Filipina. Harga makanan seafood kat sini memang segar dan murah. Boleh rambang mata memilih.

Pekan Nabalu, pekan yang dilalui sebelum tiba di Pekan Kundasang. Suhu di sini dah mula terasa sejuk.

View menarik.

Pusat peternakan lembu susu di Mesilau. Kat sini pemandangan ala-ala New Zealand.

Bunga ros yang ada di hadapan bilik yang kami sekeluarga sewa. Hehe

Aku sendiri tak faham apa yang dimaksudkan dengan “via Ferrata” tu. Ada rakan dari Sabah yang ingin jelaskan?

Masa untuk pulang ke semenanjung. Selamat tinggal Borneo! Moga kita bertemu lagi di lain masa jika umur panjang. Hehee

Sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar yang ada diambil sepanjang seminggu perjalanan ke sana. Kalau ditambah dengan saiz video yang diambil, ada la dalam 40gb kesemunya. Tu pun masih lagi rasa tak cukup nak ambil gambar. Memang masyuk! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: