Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/mrnamiec/public_html/wp-content/plugins/breadcrumb-navxt/breadcrumb_navxt_class.php:4) in /home/mrnamiec/public_html/wp-content/plugins/post-views/post-views.php on line 114

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/mrnamiec/public_html/wp-content/plugins/breadcrumb-navxt/breadcrumb_navxt_class.php:4) in /home/mrnamiec/public_html/wp-content/plugins/wassup/wassup.php on line 1994
Resepi biskut Famos Amos | MrNamie
Share

Jangan jilat screen ye...

Korang mesti ingat lagi isu mengenai seorang perempuan yang menghina negeri Johor sebab tak ada kedai Famous Amos di facebook kan. Kali ni aku nak share ngan korang resepi Famous Amos, bukan mengenai perempuan tu ok. Mengenai perempuan tu, kita tutup kes la sebab mungkin perempuan tu dah insaf. Lagipun kalau nak cerita pasal perempuan tu aku rasa dah basi kot cerita tu. Hehe

Famous amos ni merupakan jenama ataupun brand bagi satu produk makanan iaitu biskut. Setakat ni yang aku tahu, memang famous amos keluarkan biskut je. Tapi kalau famous amos ada jual produk lain selain dari biskut, maafkan aku ye sebab info yang salah. hehe. Rasanya, semua kita dah maklum mengenai kesedapan biskut Famous Amos ni. Kalau tak sedap, takkan la perempuan tu sanggup kutuk Johor kan. hehe

Biskut famous amos ni sedap sebab rangup dan ada cip coklat yang ada kat dalamnya. Ok, cukup dah kot entry untuk famous amos ni. Niat aku sebenarnya nak sharekan je resipi biskut yang lebih kurang macam famous amos ni. Senang je pun. Kos bahan-bahan nak buat biskut famous amos ni pun bukan lah mahal sangat. Cuma sedap dan tak sedap je la yang jadi pertanyaan sekarang ni. Tapi kalau dah memang berbakat dalam bab buat makanan ni, rasanya boleh kalah kot biskut famous amos tu dengan biskut yang korang buat ni kang. Hehe

Nyum..

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS

Bahan-bahan ( 70-80 biji )

* 250g mentega

* 280g tepung gandum

* 10g serbuk koko

* 150g gula kastor

* ½ sudu kecil esen vanila

* ½ sudu kecil soda bikarbonat

* 2 sudu besar susu tepung

* 2 sudu besar tepung jagung

* 1 biji kuning telur

* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)

* 100g coklat cip

* Secubit garam

Cara-cara

1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.

3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.Kemudian kacau hingga rata.

4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.

5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.

6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.

Amacam? kan senang je resipi biskut Famous Amos ni. Kepada sesiapa yang baca, selepas ni aku harap takde lagi timbul isu hina negeri sebab tak ada biskut Famous Amos k. Kalau rasa nak makan biskut Famous Amos ni, buka blog aku, amik resepi, pastu try cuba sendiri. Lagi-lagi kalau yang dah bersuami ataupun berpakwe. InsyaAllah lepas pasangan korang makan biskut korang buat ni, harap-harap makin sayang la dia kat korang. Hehe

Ops, macam biasa, button LIKE/SHARE dan RETWEET sentiasa menunggu arahan dari korang untuk beraksi. Hehe

p/s: Sejak puasa ni makin rajin pulak buat entry pasal makanan.. hurm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

37 Responses to Resepi biskut Famos Amos

  1. akuzle ayu says:

    ank akak pon ske benau beskot neh…. tp tang nk try buat tuh lom kesampaianlah…huhuhuh
    Entry terbaru akuzle ayu,Menu Sahur

    [Reply]

    MrNamie Reply:

    pe lagi kak.. buat la biskut ni banyak-banyak.. hehe

    [Reply]

  2. diden says:

    haizz.. sedap pulak resipi ni hehe :8

    [Reply]

    MrNamie Reply:

    ape lagi, pegi cuba la… keke

    [Reply]

  3. acapz says:

    bro terliur dah ni. kt alamanda ade satu kedai diew. haha. best. wngi je. dah la mnis gila. ammm. sdp2. nk try buat. hee. tq :D Entry terbaru acapz,10 Smiley WordPress Plugin Untuk Blog Anda

    [Reply]

    MrNamie Reply:

    uik, terliur takpa. Jangan terbuka puasa dah la.. keke :P

    [Reply]

  4. zik says:

    mana nak cari bahan2nya nie..gula kastor.. apa tuh ek..
    Entry terbaru zik,Ikan ketutu

    [Reply]

  5. hafidz says:

    Boleh juga ni try buat. Tak yah nak beli.
    Lepas buat,, sendiri makan & sediri complain sedap atau tak huhu :P
    Entry terbaru hafidz,Minggu Pertama Ramadhan

    [Reply]

    MrNamie Reply:

    haha.. betol, buat sendiri gak yang terbaik..walau tak sedap pun, tetap air tangan sendiri… hehe :)

    [Reply]

  6. Khai says:

    GULP!! tiba-tiba rasa lapar.. terbantut sbb puasa.. hehe.. betul ke rasa akan betul2 macam famous amos ni? huhu.. suh mak buat la nnt time raya.. hehehe…

    [Reply]

    MrNamie Reply:

    wakaka… khai, stakat ni aku rasa hampir sama… “HAMPIR” je, tapi still ok la jugak.. ni pun mak aku tengah buat kat dapur tuh untuk raya nih… cubaan.. hukhuk :bloody:

    [Reply]

  7. hanif says:

    wah bgus ni..bole wat sendiri,untuk hidangan di hari raya..makan biskot lak haha ;) Entry terbaru hanif,VCD Cetak Rompak Pun Ada Dijual di Bazar Ramadhan

    [Reply]

    MrNamie Reply:

    bukan stakat hidangan, jualan sempena hari raya pun bole.. keke

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: