Dengan harga RM58, aku berjaya membeli satu handphone basic yang amat aku perlukan buat masa ni. Handphone keluaran Samsung yang menjadi pilihan ialah Samsung Slim & Sleek GT-E1080F. Walaupun handphone ni cuma mampu menawarkan fungsi-fungsi asas, tapi buat masa ni sudah memadai bagi kegunaan aku.
Secara luarannya, walaupun dengan harga yang agak murah tapi design yang dikeluarkan oleh Samsung ni bagi aku amat menarik. Bak kata orang, macam tak padan je dengan harganya. Dengan screen colour, pastu ada polyphonic ringtone, memang berbaloi dengan value RM58 yang korang laburkan.
Dari segi fungsi pula, dengan value RM58 tu, jangan la pulak korang mengharapkan ada feature semacam handphone yang harga beribu-ribu. Fungsi yang ditawarkan cukup sekadar kegunaan asas sesuatu telefon. Cuma handphone ni tak lah basic sangat, ada juga beberapa fungsi tambahan yang sesuai dengan handphone ni. Ops, ada game juga k dalam handphone ni. Ada game Carrom dan Super Jewel Quest. Haa, boleh gak buat hilangkan bosan kalau main game ni. hehe
Handphone ni juga turut dilengkapkan dengan beberapa ciri tambahan yang menarik. Antaranya adalah seperti torchlight, fake call, dan mobility tracker. Bagi fungsi fake call, korang boleh activekan seolah-olah korang ada menerima satu call. Jadi kalau korang ada situasi yang terperangkap dalam satu perbualan yang korang tak selesa or tak suka, boleh la activekan fake call, and minta excuse untuk keluar dari situasi yang tak diingini tadi.
Mobility tracker pula membolehkan korang mengetahui lokasi handphone korang ni sekiranya handphone korang ni dicuri. Mungkin bagi sesetengah orang, nilai RM58 tu cuma rendah saja, tapi bagi segelintir orang, RM58 tu dah satu jumlah besar. So, kalau hilang disebabkan tercicir, boleh la korang try cari semula handphone ni sampai dapat melalui aplikasi Mobility Tracker ni k.
Rasanya cukup dulu sampai sini aku ceritakan mengenai handphone baru aku ni. Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh je tanya. Mana la tahu korang pun tercari-cari second handphone untuk kemudahan di masa akan datang nanti kan. Jadi boleh lah beli yang murah-murah saja. Tak perlu membazir. Hehe
One Response to Samsung Slim & Sleek GT-E1080F
Leave a Reply Cancel reply
Views
- Resepi Kek Cheese Oreo - 31,423 views
- Resepi biskut Famos Amos - 19,916 views
- Blog aggregator personal - 14,604 views
- Kek Lapis Sarawak - 13,788 views
- Remaja sekolah yang melampau - 12,056 views
- Cium mulut kerana KLCC - 8,571 views
- 5 perkara yang korang tak patut share di Facebook - 8,203 views
- Asas Kamera DSLR bahagian 4 - 8,182 views
- Orang cacat yang menipu di Maybank Melaka - 7,750 views
- Uncle Seekers mengaibkan bekas permaisuri agong? - 7,734 views
Tabung Dana
Sertai MrNamie di sini!











haha. handset kite same, tapi aku pakai adik aku punye, reject dah, speaker rosak, jadi handset bisu.. ngeh3..
[Reply]